Saturday, March 16, 2013

Buah hati baru

Saya dah ada buah hati baru....Buah hati saya nie kalo x dicium sehari xlengkap lah nampaknya....Kalo masuk bilik, sure akan ada bau yg ditinggal kan buah hati nie...Buat saya teringat2 jerk kat dia....

Alahai sayang mummy...Lubna Al-Hafiyya...





Baby comel mama ida n baba zepi...


Wednesday, March 13, 2013

Cara-cara mengerjakan Solat Sunat Taubat



1) Sebelum sembahyang, istighfar 70x.


2) Boleh dilakukan bila-bila masa cuma bukan waktu tahrim (waktu dilarang) solat.
Waktu tahrim ialah waktu dimana :-
1. Ketika matahari mula terbit disebelah Timur
2. Ketika matahari tegak di atas kepala (atau ubun kepala) kita; dan
3. Ketika matahari hampir terbenam ketika hendak malam (lebih kurang waktu senja).

3) Sah solat sunat taubat sambil duduk (walaupun kita mampu berdiri) kerana ini ialah solat sunat. Namun sembahyang berdiri itu lebih baik dari sembahyang duduk.

4) Lafaz niat solat sunat taubat
أصَلِّي سُنَّة  التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ         
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala
5) Bacaan yang disyorkan selepas Al Fatihah:
i. Rakaat pertama : surah Al Kafirun
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas

 atau

i. Rakaat pertama : surah Ayatul Kursi 11x
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas 11x
atau  ayat terpilih(yang paling baik)

i. Rakaat pertama : ayat 135-138 surah Al Imran
ii. Rakaat kedua   : ayat 110-113 surah An Nisa'

6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.

7) Di rakaat ke2, sewaktu sujud akhir baca lah doa di bawah sebanyak 40x









8) Selepas salam, kita beristighfar dan berdoalah. Ustaz beritahu di bawah ini disebut Penghulu Istighfar

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau). 







* Semoga perkongsian ini memberi manfaat hendaknya.












Thursday, February 28, 2013

Doa untuk mendapatkan zuriat

Amalkan doa ini setiap kali selepas solat atau bila2 masa sahaja...Bagi mereka yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat seperti saya...In sha Allah...Dengan doa dan usaha kita seterusnya bertawakal, Allah akan makbulkan...Yang penting kita kena yakin, ape sahaja yang Allah tentukan buat kita adalah yang terbaik....Ada hikmahnya...


Tuesday, February 26, 2013

Doa untuk ibu bapa

Rasanya semua orang sentiasa amalkan doa ini setiap kali selepas solat...Bagi yang belum hafal, in sha Allah boleh mulakan dari sekarang...Semoga ia bermanfaat buat semua...



sumber :google

Saturday, February 23, 2013

Doa

Setiap ari tanpa jemu ku berdoa....Setiap waktu hati ini berbisik pada Yang Maha Esa....

Ya Allah....Perkenankanlah doa2ku...Berikanlah aku peluang untuk penuhi impian-impian suamiku Ya Allah...Amin Ya Rabb...