Wednesday, October 8, 2014

My Love


#iheartthisalot
#whatialwaysfeel
#ttcistough
#Allahknowsbest

Wednesday, June 25, 2014

Perancangan Allah Mengatasi Segala-galanya...Allahuakbar....


Cuti sekolah telah hampir 2 minggu berlalu…Tapi semua yang berlaku masih segar dalam ingatanku…. Allahuakbar… Allahuakbar….Allahuakbar…..
Teringatnya sahaja bisa mampu membuatkan aku jadi sebak…

Begini ceritanya….Aku telah lama berhajat mahu menunaikan umrah….Tiada niat lain selain mahu beribadat bersungguh-sungguh di sana…Malah mahu ku bawa hati ini mencari ketenangan di sana…Aku sudah lelah dengan segala kesedihan dan kekecewaan yang di alami…Bukan tanda tidak redha, tapi hati ini perlu diubati….Ketenangan adalah apa yang aku perlukan…Di mana lagi jika bukan di Tanah Haram tempatnya….

Maka misi mencari agensi bermula…Dari satu ke satu agensi dipilih…Memandangkan kami akan pergi berlima, aku, suami, mak, ayah dan pak cik ku dan kami ini jauh dari KL, maka kami senang memilih agensi yang menawarkan perkhidmatan bas dari rumah ibubapaku di Parit Buntar, Perak….Setelah sepakat dan mendengar serta bertanya pelbagai pihak, maka kami telah memilih Dakna Travel and Tours, Teman Anda di Tanah Suci….

Segala maklumat di hantar, passport di perbaharui, gambar diambil…Segalanya tersedia dan diberikan kepada agensi…Pada mulanya kami memilih untuk pergi pada 28 Mei 2014 tapi agensi mengubahnya berikutan tiada penerbangan pada tarikh tersebut….Maka tarikh baru adalah pada 5 Jun 2014…

Aku dan suami tidak dapat mengikuti kursus yang dianjurkan oleh agensi pada 24 Mei kerana belum cuti sekolah…Tapi Alhamdulillah, ilmu ditimba melalui blog2, buku dan juga video2 ceramah…Selain itu, banyak berdoa agar segalanya dipermudahkan…Mak sering kali berkata, ada mutawwif yang akan membawanya, in sya Allah akan dipermudahkan…Umrah tidak serumit haji, tapi tidak bermakna kita boleh ambil mudah…Pesan mak…Maka, aku dan suami menuntut ilmu dengan segala kemudahan media yang ada…Alhamdulillah….Jika baik cara penggunaan media kita, baiklah yang kita akan dapat…

Cuti sekolah bermula pada 28 Mei 2014….Kami, saya dan suami terus pulang ke PB kerana memikirkan barang2 yang masih belum dibeli….Saya hanya membeli sepasang telekung, stoking, stoking tangan dan anak tudung…..Itu sahaja…Malah suami hanya membeli sepasang jubah yang labuh yang masih belum dipotong kakinya…..

Hari di kg berlalu hari demi hari…Tapi entah mengapa barang masih tidak di beli…Begitu juga mak dan ayah…Kami agak kurang bersemangat dek kerana isu visa yang sangat mengganggu hati kami….Banyak kes yang kami dengar mengenai visa yang tidak dapat diberikan..Salah satu sebab adalah kerana isu Virus Mers-COV…Pelbagai alasan yang kami dengar…Setiap hari kami tidak jemu menelefon agensi bertanyakan mengenai visa samada telah diperolehi atau belum…Jawapannya masih tidak dapat sedangkan kami sepatutnya terbang dalam masa seminggu….

ISNIN 2 JUN 2014

Agensi menelefon mak dan mengatakan,

MAAF MAKCIK, VISA TAK DAPAT…

Allahuakbar…Hancur luluh hati kami sekeluarga….Kami semua kecewa tetapi memendam rasa…Mungkin ada hikmahnya apa yang diberikan oleh Allah ini…Masing2 memujuk hati…

Maka, bagi mengubat hati kami…Aku serta merta membuat rancangan…Mak, jom kita pi Pulau Pangkor….Aku harus pantas merancang kerana cuti perlu dibahagi buat 2 keluarga…Keluargaku dan keluarga mertua….Terus aku menggoogle chalet menarik, book, dan terus membuat bayaran…

SELASA 3 JUN 2014

Kami berlima, aku, suami, mak, ayah dan Auni pun bergerak ke Pulau Pangkor…Rancangannya memang hanya pergi untuk 1 malam…Auni puas mandi laut, mandi kolam…Aku hanya jadi pemerhati dan tukang teman….Hati masih rawan teringat kan tak dapat pergi umrah…Malam di Teluk Nipah, aku dan suami keluar dating naik moto…Aku masih teringat dan terngiang2 di telinga pertanyaan suami…

AYANG SUKA TAK, SERONOK TAK DATANG SINI?

SERONOK ABANG, TAPI KALAU KITA DAPAT PERGI UMRAH PASTINYA LEBIH SERONOK KAN BANG.

NAK BUAT MACAM MANA, TAKDE REZEKI KITA…IN SYA ALLAH HUJUNG TAHUN NIE ADA REZEKI KITA..

Aku hanya tersenyum dan mengiakan di dalam hati…In sya Allah….

RABU 4 JUN 2014

Sedang kami bersarapan berdua sambil menunggu mak dan ayah, mak datang dengan mengatakan agensi telefon....

MAKCIK, SEDIA YE.KEMUNGKINAN DAPAT VISA.KEMUNGKINAN BESAR DAPAT.

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar….Terkejutnya  kami sekeluarga…Memikirkan duduk jauh dari rumah, barang yang takde....Serabut, tapi dalam masa yang sama berdoa dan terus berdoa agar ada harapan dapat visa….Maka, dalam hujan kami kuar dari chalet, menuju ke Jeti Pulau Pangkor dan terus pulang ke PB….Dalam perjalanan, sempat singgah di Bagan Serai untuk membeli baju Pakistan utk ayah dan suami serta suar putih…Pada masa ini, kami masih menunggu panggilan dari agensi….

Walaupun tiada sebarang keputusan, tapi kami tetap meneruskan persediaan yang ala kadar itu….Kami harus cepat kerana Tabung Haji tutup pada pukul 430 petang…Kami perlu keluarkan duit simpanan….Setiba di rumah, masing2 solat…Aku dan suami bergegas ke supermarket membeli serba sedikit barang….Aku kemudian mendapat panggilan telefon dari mak…Lebih kurang pukul 4.45 ptg...

NA…BALIK CEPAT…KITA DAPAT VISA….

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Bayangkan….Bayangkan perasaan kami…Tak tergambar dek kata2….Aku balik ke rumah, mengambil beg yang langsung tidak dibuka….Sungguh aku katakan, aku hanya campak apa yang aku rasa perlu di bawa…Yang paling penting buat aku, telekung, jubah, stoking…Yang lain2 aku tak pasti perlu ke tak dibawa, hanya main campak sahaja ke dalam beg….Begitu juga suami....Dalam masa SETENGAH JAM kami siapkan beg…Kemudiannya bersiap, mandi solat, terus bawak beg ke dalam kereta di hantar oleh kawan kepada mak dan ayah…

Kami terpaksa bergegas kerana bas yang membawa kami bergerak dari Taiping dan akan bertolak pada pukul 6…Kami kuar dari rumah pukul 530 petang, sampai di Taiping 630 petang…Masukkan beg ke dalam bas, salam menyalam kemudian terus naik bas….Sebak melihat Auni menangis…Sedih ditinggalkan…..Dia sudah tahu…Cumanya rasa sedih tu mesti ada….Mak, ayah, kakak dan abang pergi lama tinggalkan dia…..

Dalam bas, aku masih tidak percaya….Seperti sukar hendak dipercaya….Tapi sesungguhnya, panggilan Allah itu tiada siapa yang dapat mengagaknya bagaimana caranya…

Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah…Hebatnya percaturan Allah….Indahnya perancangan Allah…Kami pergi setelah selesai membawa Auni berjalan…Jika tidak pasti sedih kerana langsung tidak berjalan semasa cuti sekolah….Di saat menulis ini, hati aku masih sebak…Sebak kerana terkesan dengan perancangan Allah…Tuhan sekalian Alam….Allahuakbar….Tak terluah dengan kata2…Hebatnya…MasyaAllah…Siapa kita manusia nak mempertikaikannya…Jika Allah sudah menetapkan bahawa kitalah tetamuNya, maka jadilah… KUN FA YA KUN….Walaupun cara kami dijemputNya berbeza dengan orang lain, tapi ku rasakan ianya SANGAT INDAH….Allahuakbar…Sebak….




 

 

 

Sunday, May 25, 2014

Saya jarang....

Saya jarang mahu bercerita mengenai usaha TTC kami...As sume org tau, kami PJJ...Malah dr pun kata, kalo PJJ nie mmg susah ckit...Macam kes lain lah ckit..Katanya...Plus, it's a luck...Rezeki orang lain2...Nak susah hati pun kdg2 sahaja...Kalau dilayan hati rawan, sape nak tlg pujuk...Makanya, positif kan diri sahaja lah....
 
 
Kadang2 kami biasa2 sahaja...Tapi orang lain yang lebih sibuk akan kami...Biarlah...Sume orang akan cuba utk memahami, tp tak sume org yg memahami...Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Orang bleh kesian....Tapi yang nak senyum depan orang bila orang tanya adalah saya...Nak buat macam mana....Senyum sajo lah....
 
Saya biasa dapat macam2 soalan orang tanya.....Tapi baru2 nie ada orang tanya,
 
"Akak xde anak lagi ke?Merancang?"
 
Nak suka pun ada...Ha3....Last2 ku katakan...
 
Nak rancang apenye adik...Xde rezeki lg...Lagipun...Akak dah tua....Hehehehe...
 
Dalam hati aku berkata, semoga awak xmengalami nasib mcm akak....Dan semoga orang xkan tanya awak soklan2 gitu once awak kawen nanti....
 
Kdg2 org anggap soklan begitu biasa2 saja...Tapi kdg2 hati kecil kami nie terusik jugak....Tapi xmengapa...Sekejap saja...Biasa lah tu....Nak buat mcm mana...Kalo xnak org tanya, kena p dok gua sorg2 lah....He3...
 
 
 


Tuesday, May 13, 2014

Ulangtahun Perkahwinan Ke 3



Pada ketika ini, 3 tahun yang lalu....
Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki...
Lelaki yang menjaga saya dengan baik, dengan sempurna....
Lelaki yang sentiasa berada bersama saya saat saya sedih, gembira, risau etc....
Lelaki yang sentiasa rilex saat saya gelabah....
Lelaki yang sering buat saya selamat...
Lelaki yang menerima saya seadanya....
Lelaki yang bersabar dengan segala kerenah saya....
Lelaki yang sering menunaikan segala hasrat saya sedaya upayanya dengan seadanya....
Lelaki yang sentiasa berusaha untuk jadi yang lebih baik....
Lelaki yang sentiasa menjaga keluarganya dan keluarga mertuanya...
Lelaki yang sentiasa memelihara kerukunan keluarga kecil kami....
Lelaki yang cukup penyabar ( A TTC husband is a superhero)
 
Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Terima kasih Ya Allah....
 
 
 
Dear Hubby...
 
Thanks for these 3 amazing years....
Thanks for the joy that we share together...
Thanks for all the beautiful memories that we create together....
Thanks for the tears that keep ourselves strong together.....
Thanks for the patience you have in me...
Thanks for everything....
 
I thank Allah in meeting us...
I thank Allah in uniting us in this pure relationship...
I thank Allah for all the blessings....
I thank Allah for everything...
 
I promise that I will keep loving you...
I promise that I will always be by your side...
I promise I will do anything to keep u happy....
 
My Love.....
 
Happy 3rd Anniversary...
May we will be together through thick and thin till the end of our life....
May Allah bless our marriage till Jannah...
May Allah grant us with beautiful babies....
May Allah protect our marriage....
May Allah grant our prayers....
In sya Allah....Ameen...
 
You Are My Best Friend
You Are My Everything
 
I LOVED YOU YESTERDAY
I LOVE YOU STILL
I ALWAYS HAVE
I ALWAYS WILL...
 
I LOVE YOU ABANG..
 I LOVE YOU SO MUCH...
 
Happy 3rd Anniversary...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, May 10, 2014

Sunday, February 9, 2014

Ingatkan aku

Ya Allah..Aku mohon padamu ya Allah..
Jika hari ini aku lalai dalam bersyukur akan nikmatMu..
Ingatkan aku betapa bertuahnya aku
Betapa banyaknya nikmatMu yg perlu aku syukuri
Ingatkan aku ya Allah
Jangan kau lalaikan aku Ya Allah
Jangan Kau bolak-balikkan hati ku dari landasan Mu
Aku mahu terus bersyukur padaMu
Alhamdulillah ya Allah
Hanya padaMu ku panjatkan kesyukuran
Semoga lebih banyak nikmatMu akan ku perolehi
Ameen Ya Rabb

Sunday, January 5, 2014

Apa azam 2014?

 
I want to be more positive
 
I want to be better in all possible ways
 
Ameen... in sha Allah

Saturday, January 4, 2014

konvo

Incik suami konvo dpli 11.11.2013 yg lepas....yg excited lebih tentulah saya...he3...layan gambar je lah ek...malas nak menaip...lagipun cerita dah basi...he3...
 
 
so proud of U...congratulations!!!
 
 



 




Eh...sape konvo sebenarnya nie?he3..
 
Anyway...semoga semuanya dipermudahkan seterusnya....

Deco rumah pandai sendiri

Kami suami isteri suka nak membeli brg hias rumah walaupun rumah sewa...tapi xkisah lah..at least nak rasa mcm rumah kan...nanti rasa mcm dok hotel plak...he3...
 
 
kat depan tv...nie sblm extension di sembunyikan...pas tu dah sorok ckit dah..he3...

 
Kat sblh sofa...
 


lukisan kat atas sofa...
 
Mungkin bagi org lain biasa je..tapi xpe lah...kami gembira dengan hasilnya...in sha Allah Ada rezeki rumah sendiri t Kita berhabis lah...in sha Allah...semoga Ada rezeki xlama lagi...
 
 

 
 

Wednesday, October 9, 2013

Perubahan

 
Manusia perlukan perubahan...
 
Kenapa?
 
 Kerana perubahan itu baik...
 
Supaya kita dapat belajar banyak benda baru..
Malah boleh menjadikan kita lebih baik..
 
So, why don't we change ourselves and things around us...
 
For me personally, I need changes..
I want changes..
 
Sometimes...when we were too comfort with a place or situation, it will destroy us..
I don't want to be like that..
 
I want changes..
 
Allah..please grant all my dua....
 
 

Tuesday, October 8, 2013

Tak pasti bagaimana

 
Saya sering mengalami keadaan di mana tak pasti bagaimana mahu bertindak balas..Selalu macam tu..Speechless..Tak tau lah orang lain mcm mana..Tapi saya selalu macam tu..
 
Manusia..Biasa lah mungkin ada harinya mood baik....Mungkin moody..Kita tak tau..Jadi kadang2 tindak balasnya pun berbeza lah..
 
Sebagai contoh..Saya pernah ditanya bape bln sy mengandung...Wlupun dlm hati mmg itulah doa sy sehari2...Tp sedikit terusik di hati...

Ligat memikir apakah jawapan yang patut diberi...Akhirnya saya hanya kata..

SAYA ANGGAP ITU SATU DOA

Padat dan ringkas rasanya...Alhamdulillah...Saya lebih tenang..Malah saya gembira...

💑


 

Monday, October 7, 2013

I Love You

 
Thanks for everything hubby..
Thanks for having me in your life..
Thanks for all the patience, the kindness, and the most important thing, the LOVE..
 
I luv U
 
Yes!!!
 
You..
 
MFY
 

Thursday, June 13, 2013

Kadang-kadang ku rasa

Kadang-kadang ku rasa ingin berlari...
Kadang-kadang ku rasa ingin pergi jauh...
Kadang-kadang ku rasa ingin menjerit sepuasnya...
Kadang-kadang ku rasa sunyi dalam hati..
Kadang-kadang ku rasa dunia ini gelap...
Kadang-kadang ku rasa tiada apa yang menarik....


Tapi...


Jika berlari mahu ke mana...
Jika menjerit ape yg akan di dengar...
Jika sunyi di mana mahu di cari kebisingannya...
Jika gelap, di mana mahu di cari cahayanya...
Jika tidak menarik, di mana mahu di cari tarikannya...


Akhirnya...

Hanya satu yg ku pilih..

Menangis dan menyendiri...
Kerna itu tidak menyakiti sesiapa...
Kerna itu bisa buat aku puas...

Bagaimanapun aku berusaha, sakit dan peritnya masih ada...
Benar...Hanya yg merasa dan mengalami sahaja faham...


Monday, May 20, 2013

2nd anniversary

I luv surprises and I do love to surprise people...It's priceless to see those faces who do not expect it...happy sgt tgk muka  terkejut sume tu...

So, memandangkan 13 mei 2013 genap 2 tahun usia perkahwinan saya dan Incik Suami...maka isterinya ini telah merancang lama sejak bln 3 nak surprise kan suami nya...Jadi saya telah mencari byk hotel yg provide candle light dinner...Jadi, saya pun call n e-mail f&b kat Grand Blue Wave Hotel Shah Alam...once dah dipersetujui dan agak menarik perhatian, saya pun wat lah reservation kat c2...

Memandangkan 13hb adalah hari isnin dan sy kena kursus di Kuantan, saya pun wat reservation pada 18 Mei 2013 hari Sabtu kul 8.30 malam di club lounge tingkat 18...Tapi xkan saya nak bgtau Incik Suami kan, nama pun surprise...Jadi saya pun terpaksa lah 'tipu' mengatakan ada reunion kawan2 masa kat SMKASR...

#Sori abg...ayg terpaksa tipu...hu3...

So, dalam kul 8 dah siap2...Incik Suami saja jerk macam lambat2...lebih kurg kul 8.45 mlm juga lah kuar umah...so sampai dalam kul 9 lebih gak lah...hu3...dalam kete n sebelum2 tu pun Incik Suami dah ty, sape yg dtg, kat mana...Memandangkan dia assume ada 'reunion', harus lah buat kan dewan kan..tapi memandangkan nak double check, sy pergi kat reservation counter...

Me : Excuse me ! Club lounge tingkat berapa?(pdhal dah tau, tp tetap gak nak ty)
Girl ; Tingkat 18 pn. Tapi kami tutup
(masa nie muka saya dah cuak n hubby dah pelik, tp sy buat2 cool jerk)
Me : Toilet kat mana ye...
Girl : Kat sebelah kiri pn.
Me : Abg, abg g lah toilet dl...
(then hubby pun pegi)
Me : Actually, I ada wat reservation tuk surprise candle light dinner mlm nie...
Girl : oh ye ke pn....surprise lah nie...minta maaf ye...tp pihak f&b xde bgtau kami...sy akan call...
(then this girl pn call n betul mmg ada reservation atas mana sy)
Girl : ok puan...sy assist puan naik atas ye...maaf ye puan...
me : it's ok...

Then once Incik Suami dah kuar dr washroom...kitorg masuk dalam lif...siap ada the girl tlg tekan lif semua...dlm hati berdoa sgt2 jgn lah kantoi awal sgt...sy bleh rasa yg Incik Suami dah pelik tp memandangkan the girl ada dlm lif sbb tu dia xty..jadi, masa berjalan towards the club lounge, dah nampak meja kitorg...

Then, SURPRISEEEE !!!!!!

Incik Suami sgt lah terkejut...dia hanya boleh geleng kepala jerk...sambil asek sebut ayg ayg...hu3...

Then ada seorg butler tggu kitorg kat situ, welcoming us...hu3...

Then we olls duduk and dia pun serve course by course...Kitorg makan sambil bergelak ketawa, heart to heart...hu3..end of the course adalah dengan a cup of coffee...tp sy xde lah amek gmbr...bak kata hubby, xkan coffee pun nak amek gambar...hu3...so, enjoy the pic...kenangan nie...mana tau one day nanti bleh tunjuk kat anak2,,,in sha Allah...ameen...


At home...gembira nak g 'reunion'...he3...




 Suamiku tercinta...Setelah settle down kat c2...hu3...muka terkejut n geram jugak agaknya kot...hu3...




Appetizer


Cream of asparagus soup



Main couse pouched seabass...bleh tahan...


Main course chicken...dap...


dessert

Nie pulak gambar kitorg kat c2..hu3...




Sesi suap menyuap...hu3....


Dah nak balik...he3...


Happy anniversary suamiku Mohd Faizal bin Yahya...Semoga ini mengembirakan hatimu...Sungguh, ayg syg kan abg, cintakan abg sepenuh hati ayg...Tq for being there always...Tq for everything...Semoga rumah tangga kita akan berkekalan hingga ke syurga....Semoga kita akan dikurniakan anak yg soleh dan solehah....Maaf hasrat yg satu itu masih belum tertunai...Semoga kita akan terus sabar dan terus berdoa...Allah sedang menguji kita...Ada hikmah di sebalik semuanya....Terima kasih atas segalanya abg...luv u so much...

Friday, April 19, 2013

Start over again

I've stopped this activity two years ago...What is it?

It's jogging...

I stopped cause I'm afraid I might be pregnant and jogging may lead to miscarriage...So, since nothing happend in this two years after marriage, I think it's about time to start over again..

Plus, hubby said..."I've never forbid you from jog, honey". Thanks dear.

So, let's jog guys...

I do believe, kun fa ya kun

*Ada, ada lah...Kalo xde, nak buat mcm mana...Bukan kuasa kita *

Saturday, March 16, 2013

Buah hati baru

Saya dah ada buah hati baru....Buah hati saya nie kalo x dicium sehari xlengkap lah nampaknya....Kalo masuk bilik, sure akan ada bau yg ditinggal kan buah hati nie...Buat saya teringat2 jerk kat dia....

Alahai sayang mummy...Lubna Al-Hafiyya...





Baby comel mama ida n baba zepi...


Wednesday, March 13, 2013

Cara-cara mengerjakan Solat Sunat Taubat



1) Sebelum sembahyang, istighfar 70x.


2) Boleh dilakukan bila-bila masa cuma bukan waktu tahrim (waktu dilarang) solat.
Waktu tahrim ialah waktu dimana :-
1. Ketika matahari mula terbit disebelah Timur
2. Ketika matahari tegak di atas kepala (atau ubun kepala) kita; dan
3. Ketika matahari hampir terbenam ketika hendak malam (lebih kurang waktu senja).

3) Sah solat sunat taubat sambil duduk (walaupun kita mampu berdiri) kerana ini ialah solat sunat. Namun sembahyang berdiri itu lebih baik dari sembahyang duduk.

4) Lafaz niat solat sunat taubat
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©  التَوبَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ         
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala
5) Bacaan yang disyorkan selepas Al Fatihah:
i. Rakaat pertama : surah Al Kafirun
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas

 atau

i. Rakaat pertama : surah Ayatul Kursi 11x
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas 11x
atau  ayat terpilih(yang paling baik)

i. Rakaat pertama : ayat 135-138 surah Al Imran
ii. Rakaat kedua   : ayat 110-113 surah An Nisa'

6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.

7) Di rakaat ke2, sewaktu sujud akhir baca lah doa di bawah sebanyak 40x









8) Selepas salam, kita beristighfar dan berdoalah. Ustaz beritahu di bawah ini disebut Penghulu Istighfar

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau). 







* Semoga perkongsian ini memberi manfaat hendaknya.