Cuti
sekolah telah hampir 2 minggu berlalu…Tapi semua yang berlaku masih segar dalam
ingatanku…. Allahuakbar… Allahuakbar….Allahuakbar…..
Teringatnya sahaja bisa
mampu membuatkan aku jadi sebak…
Begini
ceritanya….Aku telah lama berhajat mahu menunaikan umrah….Tiada niat lain
selain mahu beribadat bersungguh-sungguh di sana…Malah mahu ku bawa hati ini
mencari ketenangan di sana…Aku sudah lelah dengan segala kesedihan dan
kekecewaan yang di alami…Bukan tanda tidak redha, tapi hati ini perlu
diubati….Ketenangan adalah apa yang aku perlukan…Di mana lagi jika bukan di
Tanah Haram tempatnya….
Maka
misi mencari agensi bermula…Dari satu ke satu agensi dipilih…Memandangkan kami
akan pergi berlima, aku, suami, mak, ayah dan pak cik ku dan kami ini jauh dari
KL, maka kami senang memilih agensi yang menawarkan perkhidmatan bas dari rumah
ibubapaku di Parit Buntar, Perak….Setelah sepakat dan mendengar serta bertanya
pelbagai pihak, maka kami telah memilih Dakna Travel and Tours, Teman Anda di
Tanah Suci….
Segala
maklumat di hantar, passport di perbaharui, gambar diambil…Segalanya tersedia
dan diberikan kepada agensi…Pada mulanya kami memilih untuk pergi pada 28 Mei
2014 tapi agensi mengubahnya berikutan tiada penerbangan pada tarikh
tersebut….Maka tarikh baru adalah pada 5 Jun 2014…
Aku
dan suami tidak dapat mengikuti kursus yang dianjurkan oleh agensi pada 24 Mei
kerana belum cuti sekolah…Tapi Alhamdulillah, ilmu ditimba melalui blog2, buku
dan juga video2 ceramah…Selain itu, banyak berdoa agar segalanya
dipermudahkan…Mak sering kali berkata, ada mutawwif yang akan membawanya, in
sya Allah akan dipermudahkan…Umrah tidak serumit haji, tapi tidak bermakna kita
boleh ambil mudah…Pesan mak…Maka, aku dan suami menuntut ilmu dengan segala
kemudahan media yang ada…Alhamdulillah….Jika baik cara penggunaan media kita,
baiklah yang kita akan dapat…
Cuti
sekolah bermula pada 28 Mei 2014….Kami, saya dan suami terus pulang ke PB
kerana memikirkan barang2 yang masih belum dibeli….Saya hanya membeli sepasang
telekung, stoking, stoking tangan dan anak tudung…..Itu sahaja…Malah suami
hanya membeli sepasang jubah yang labuh yang masih belum dipotong kakinya…..
Hari
di kg berlalu hari demi hari…Tapi entah mengapa barang masih tidak di
beli…Begitu juga mak dan ayah…Kami agak kurang bersemangat dek kerana isu visa
yang sangat mengganggu hati kami….Banyak kes yang kami dengar mengenai visa
yang tidak dapat diberikan..Salah satu sebab adalah kerana isu Virus
Mers-COV…Pelbagai alasan yang kami dengar…Setiap hari kami tidak jemu menelefon
agensi bertanyakan mengenai visa samada telah diperolehi atau belum…Jawapannya
masih tidak dapat sedangkan kami sepatutnya terbang dalam masa seminggu….
ISNIN
2 JUN 2014
Agensi
menelefon mak dan mengatakan,
MAAF
MAKCIK, VISA TAK DAPAT…
Allahuakbar…Hancur
luluh hati kami sekeluarga….Kami semua kecewa tetapi memendam rasa…Mungkin ada
hikmahnya apa yang diberikan oleh Allah ini…Masing2 memujuk hati…
Maka,
bagi mengubat hati kami…Aku serta merta membuat rancangan…Mak, jom kita pi
Pulau Pangkor….Aku harus pantas merancang kerana cuti perlu dibahagi buat 2
keluarga…Keluargaku dan keluarga mertua….Terus aku menggoogle chalet menarik,
book, dan terus membuat bayaran…
SELASA
3 JUN 2014
Kami
berlima, aku, suami, mak, ayah dan Auni pun bergerak ke Pulau
Pangkor…Rancangannya memang hanya pergi untuk 1 malam…Auni puas mandi laut,
mandi kolam…Aku hanya jadi pemerhati dan tukang teman….Hati masih rawan
teringat kan tak dapat pergi umrah…Malam di Teluk Nipah, aku dan suami keluar
dating naik moto…Aku masih teringat dan terngiang2 di telinga pertanyaan suami…
AYANG
SUKA TAK, SERONOK TAK DATANG SINI?
SERONOK
ABANG, TAPI KALAU KITA DAPAT PERGI UMRAH PASTINYA LEBIH SERONOK KAN BANG.
NAK
BUAT MACAM MANA, TAKDE REZEKI KITA…IN SYA ALLAH HUJUNG TAHUN NIE ADA REZEKI
KITA..
Aku
hanya tersenyum dan mengiakan di dalam hati…In sya Allah….
RABU
4 JUN 2014
Sedang
kami bersarapan berdua sambil menunggu mak dan ayah, mak datang dengan
mengatakan agensi telefon....
MAKCIK,
SEDIA YE.KEMUNGKINAN DAPAT VISA.KEMUNGKINAN BESAR DAPAT.
Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar….Terkejutnya
kami sekeluarga…Memikirkan duduk jauh dari rumah, barang yang takde....Serabut,
tapi dalam masa yang sama berdoa dan terus berdoa agar ada harapan dapat
visa….Maka, dalam hujan kami kuar dari chalet, menuju ke Jeti Pulau Pangkor dan
terus pulang ke PB….Dalam perjalanan, sempat singgah di Bagan Serai untuk
membeli baju Pakistan utk ayah dan suami serta suar putih…Pada masa ini, kami
masih menunggu panggilan dari agensi….
Walaupun
tiada sebarang keputusan, tapi kami tetap meneruskan persediaan yang ala kadar
itu….Kami harus cepat kerana Tabung Haji tutup pada pukul 430 petang…Kami perlu
keluarkan duit simpanan….Setiba di rumah, masing2 solat…Aku dan suami bergegas
ke supermarket membeli serba sedikit barang….Aku kemudian mendapat panggilan
telefon dari mak…Lebih kurang pukul 4.45 ptg...
NA…BALIK
CEPAT…KITA DAPAT VISA….
Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Bayangkan….Bayangkan
perasaan kami…Tak tergambar dek kata2….Aku balik ke rumah, mengambil beg yang
langsung tidak dibuka….Sungguh aku katakan, aku hanya campak apa yang aku rasa
perlu di bawa…Yang paling penting buat aku, telekung, jubah, stoking…Yang lain2
aku tak pasti perlu ke tak dibawa, hanya main campak sahaja ke dalam beg….Begitu
juga suami....Dalam masa SETENGAH JAM kami siapkan beg…Kemudiannya bersiap,
mandi solat, terus bawak beg ke dalam kereta di hantar oleh kawan kepada mak
dan ayah…
Kami
terpaksa bergegas kerana bas yang membawa kami bergerak dari Taiping dan akan
bertolak pada pukul 6…Kami kuar dari rumah pukul 530 petang, sampai di Taiping
630 petang…Masukkan beg ke dalam bas, salam menyalam kemudian terus naik
bas….Sebak melihat Auni menangis…Sedih ditinggalkan…..Dia sudah tahu…Cumanya
rasa sedih tu mesti ada….Mak, ayah, kakak dan abang pergi lama tinggalkan dia…..
Dalam
bas, aku masih tidak percaya….Seperti sukar hendak dipercaya….Tapi
sesungguhnya, panggilan Allah itu tiada siapa yang dapat mengagaknya bagaimana
caranya…
Lihatlah
betapa besarnya kuasa Allah…Hebatnya percaturan Allah….Indahnya perancangan
Allah…Kami pergi setelah selesai membawa Auni berjalan…Jika tidak pasti sedih
kerana langsung tidak berjalan semasa cuti sekolah….Di saat menulis ini, hati
aku masih sebak…Sebak kerana terkesan dengan perancangan Allah…Tuhan sekalian
Alam….Allahuakbar….Tak terluah dengan kata2…Hebatnya…MasyaAllah…Siapa kita
manusia nak mempertikaikannya…Jika Allah sudah menetapkan bahawa kitalah
tetamuNya, maka jadilah… KUN FA YA KUN….Walaupun cara kami dijemputNya berbeza
dengan orang lain, tapi ku rasakan ianya SANGAT INDAH….Allahuakbar…Sebak….