Kita bekerja, malah buat apa2 pun semuanya mesti kerana ALLAH....Bukan sebab lain....Malah cinta dan sayang kita pada seseorang juga semuanya kerana ALLAH...sebab itulah kita tak boleh cintakan seseorang kerana hartanya atau rupanya yang cantik....Cinta antara dua orang pasangan itu ada kerana ALLAH membenarkan perasaan itu ada...TanpaNya, mustahil perasaan itu ada...
Semuanya perlu kebenaran dari ALLAH...Hatta sehelai daun yang gugur itu semuanya di bawah kawalan ALLAH...Bukan di tangan kita manusia...Maka, bersyukur lah kita pada ALLAH, atas setiap apa yang diberikan....Semuanya dari ALLAH...Rezeki kita di dunia ini semuanya dari ALLAH...
Walaupun rezeki itu semuanya dari ALLAH, tetapi kita tidak boleh membiarkan sahaja...Kita sendiri perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang ada di dunia ini...Kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang kecuali jika dia sendiri yang berusaha...
Maka, dalam ape keadaan sekalipun...Jangan pernah berhenti berusaha...Berusaha, berusaha dan berusaha....Kerana percayalah, ALLAH tidak akan PERNAH menghampakan umatNya...Apatah lagi mereka yang berusaha...
Kadang2, kita sering menangis dan berfikir mengapa ALLAH tidak berikan ape yang kita mahukan sedangkan kita telah berusaha dan berdoa...
Ini kerana, ALLAH berikan sesuatu itu pada kita, pada masa dan ketika yang betul dan tepat...Malah pada masa yang kita paling perlukan....
Mungkin ia bukan pada masa kita paling mahukan...Sebab itu lah jangan pernah berhenti berusaha...Berusahalah wahai manusia...
Selain usaha, berdoa lah....Menangislah jika itu mampu membuatkan kita lega...Kerana apa,
ALLAH Maha Mendengar,
ALLAH Maha Mengasihani,
ALLAH Maha Pengampun,
ALLAH Maha Penyayang...
ALLAH sahajalah tempat kita meminta...Maka pintalah...InsyaALLAH...Semoga ALLAH makbulkannya satu hari nanti...
p/s : Entri ini buat saya sendiri dan mereka yang sering berasa mahu berputus asa....Tapi sedar, ALLAH sedang menguji hambanya...Terimalah ujianNya ini...
No comments:
Post a Comment