Saya memang bermasalah sikit jika melibatkan perubatan tradisional...
Bukanlah sebab tidak percaya,saya percaya bahawa bukan hanya
peubatan moden sahaja yang boleh mengubati penyakit....
Tapi juga perubatan tradisional....
Tapi saya nie, kalau cerita pasal ulam -ulaman...
Memang ada yg xtau ler...
Ye lah, kalau diikutkan perubatan tradidional...
Macam2 pokok, daun yang digunakan kan...
Nak dijadikan cerita, GB saya kurang sihat...
Jadi kami pun pergi melawat...
Masa tu lah dia cerita pasal Kulat Susu Harimau...
Serius tak pernah dengar, tengok ataupun makan...
Dia pun cite lah bahawa kulat susu tu banyak khasiatnya....
Bagus untuk meningkatkan tahap imunisasi kita....
Bagus untuk ibu pas bersalin jugak...
Dia ada tonsil yang teruk...
Lepas minum air tu ok ckit...
Kita rendam dia dlm air suam, then minum....
Sebelum nie dia bgtau yang dia makan kulat tu sikit-sikit...
Tapi since dah tak ada bekalan, dia rendam je dalam air dan minum air nya...
Dia dapat pun dari PPM sekolah yang jumpa kulat tu kat belakang sekolah....
Ha3...apakah maksdunya apabila PPM sekolah tu jumpa kat belakang sekolah....
Maksudnya kat belakang skul kitorg nie ada harimau lah....
Tak tipu ye....memang betul ada...
Seram kan...
Ermmmmm....
But, itula pertama kali saya dengar....
Mengenai Kulat Susu Harimau...
Ikut sejarahnya kulat tu tumbuh apabila susu harimau menitik ke tanah,
atau apabila anak harimau memuntahkan susu ibunya....
maka tumbuh lah kulat tu...
Kalau betul terjadi begitu, memang hebat kan....
Kuasa Allah, SubhanAllah...
Setelah mengGoogle gambar Kulat Susu Harimau tu..
Dapatlah saya gambar nie....