Wednesday, June 25, 2014

Perancangan Allah Mengatasi Segala-galanya...Allahuakbar....


Cuti sekolah telah hampir 2 minggu berlalu…Tapi semua yang berlaku masih segar dalam ingatanku…. Allahuakbar… Allahuakbar….Allahuakbar…..
Teringatnya sahaja bisa mampu membuatkan aku jadi sebak…

Begini ceritanya….Aku telah lama berhajat mahu menunaikan umrah….Tiada niat lain selain mahu beribadat bersungguh-sungguh di sana…Malah mahu ku bawa hati ini mencari ketenangan di sana…Aku sudah lelah dengan segala kesedihan dan kekecewaan yang di alami…Bukan tanda tidak redha, tapi hati ini perlu diubati….Ketenangan adalah apa yang aku perlukan…Di mana lagi jika bukan di Tanah Haram tempatnya….

Maka misi mencari agensi bermula…Dari satu ke satu agensi dipilih…Memandangkan kami akan pergi berlima, aku, suami, mak, ayah dan pak cik ku dan kami ini jauh dari KL, maka kami senang memilih agensi yang menawarkan perkhidmatan bas dari rumah ibubapaku di Parit Buntar, Perak….Setelah sepakat dan mendengar serta bertanya pelbagai pihak, maka kami telah memilih Dakna Travel and Tours, Teman Anda di Tanah Suci….

Segala maklumat di hantar, passport di perbaharui, gambar diambil…Segalanya tersedia dan diberikan kepada agensi…Pada mulanya kami memilih untuk pergi pada 28 Mei 2014 tapi agensi mengubahnya berikutan tiada penerbangan pada tarikh tersebut….Maka tarikh baru adalah pada 5 Jun 2014…

Aku dan suami tidak dapat mengikuti kursus yang dianjurkan oleh agensi pada 24 Mei kerana belum cuti sekolah…Tapi Alhamdulillah, ilmu ditimba melalui blog2, buku dan juga video2 ceramah…Selain itu, banyak berdoa agar segalanya dipermudahkan…Mak sering kali berkata, ada mutawwif yang akan membawanya, in sya Allah akan dipermudahkan…Umrah tidak serumit haji, tapi tidak bermakna kita boleh ambil mudah…Pesan mak…Maka, aku dan suami menuntut ilmu dengan segala kemudahan media yang ada…Alhamdulillah….Jika baik cara penggunaan media kita, baiklah yang kita akan dapat…

Cuti sekolah bermula pada 28 Mei 2014….Kami, saya dan suami terus pulang ke PB kerana memikirkan barang2 yang masih belum dibeli….Saya hanya membeli sepasang telekung, stoking, stoking tangan dan anak tudung…..Itu sahaja…Malah suami hanya membeli sepasang jubah yang labuh yang masih belum dipotong kakinya…..

Hari di kg berlalu hari demi hari…Tapi entah mengapa barang masih tidak di beli…Begitu juga mak dan ayah…Kami agak kurang bersemangat dek kerana isu visa yang sangat mengganggu hati kami….Banyak kes yang kami dengar mengenai visa yang tidak dapat diberikan..Salah satu sebab adalah kerana isu Virus Mers-COV…Pelbagai alasan yang kami dengar…Setiap hari kami tidak jemu menelefon agensi bertanyakan mengenai visa samada telah diperolehi atau belum…Jawapannya masih tidak dapat sedangkan kami sepatutnya terbang dalam masa seminggu….

ISNIN 2 JUN 2014

Agensi menelefon mak dan mengatakan,

MAAF MAKCIK, VISA TAK DAPAT…

Allahuakbar…Hancur luluh hati kami sekeluarga….Kami semua kecewa tetapi memendam rasa…Mungkin ada hikmahnya apa yang diberikan oleh Allah ini…Masing2 memujuk hati…

Maka, bagi mengubat hati kami…Aku serta merta membuat rancangan…Mak, jom kita pi Pulau Pangkor….Aku harus pantas merancang kerana cuti perlu dibahagi buat 2 keluarga…Keluargaku dan keluarga mertua….Terus aku menggoogle chalet menarik, book, dan terus membuat bayaran…

SELASA 3 JUN 2014

Kami berlima, aku, suami, mak, ayah dan Auni pun bergerak ke Pulau Pangkor…Rancangannya memang hanya pergi untuk 1 malam…Auni puas mandi laut, mandi kolam…Aku hanya jadi pemerhati dan tukang teman….Hati masih rawan teringat kan tak dapat pergi umrah…Malam di Teluk Nipah, aku dan suami keluar dating naik moto…Aku masih teringat dan terngiang2 di telinga pertanyaan suami…

AYANG SUKA TAK, SERONOK TAK DATANG SINI?

SERONOK ABANG, TAPI KALAU KITA DAPAT PERGI UMRAH PASTINYA LEBIH SERONOK KAN BANG.

NAK BUAT MACAM MANA, TAKDE REZEKI KITA…IN SYA ALLAH HUJUNG TAHUN NIE ADA REZEKI KITA..

Aku hanya tersenyum dan mengiakan di dalam hati…In sya Allah….

RABU 4 JUN 2014

Sedang kami bersarapan berdua sambil menunggu mak dan ayah, mak datang dengan mengatakan agensi telefon....

MAKCIK, SEDIA YE.KEMUNGKINAN DAPAT VISA.KEMUNGKINAN BESAR DAPAT.

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar….Terkejutnya  kami sekeluarga…Memikirkan duduk jauh dari rumah, barang yang takde....Serabut, tapi dalam masa yang sama berdoa dan terus berdoa agar ada harapan dapat visa….Maka, dalam hujan kami kuar dari chalet, menuju ke Jeti Pulau Pangkor dan terus pulang ke PB….Dalam perjalanan, sempat singgah di Bagan Serai untuk membeli baju Pakistan utk ayah dan suami serta suar putih…Pada masa ini, kami masih menunggu panggilan dari agensi….

Walaupun tiada sebarang keputusan, tapi kami tetap meneruskan persediaan yang ala kadar itu….Kami harus cepat kerana Tabung Haji tutup pada pukul 430 petang…Kami perlu keluarkan duit simpanan….Setiba di rumah, masing2 solat…Aku dan suami bergegas ke supermarket membeli serba sedikit barang….Aku kemudian mendapat panggilan telefon dari mak…Lebih kurang pukul 4.45 ptg...

NA…BALIK CEPAT…KITA DAPAT VISA….

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Bayangkan….Bayangkan perasaan kami…Tak tergambar dek kata2….Aku balik ke rumah, mengambil beg yang langsung tidak dibuka….Sungguh aku katakan, aku hanya campak apa yang aku rasa perlu di bawa…Yang paling penting buat aku, telekung, jubah, stoking…Yang lain2 aku tak pasti perlu ke tak dibawa, hanya main campak sahaja ke dalam beg….Begitu juga suami....Dalam masa SETENGAH JAM kami siapkan beg…Kemudiannya bersiap, mandi solat, terus bawak beg ke dalam kereta di hantar oleh kawan kepada mak dan ayah…

Kami terpaksa bergegas kerana bas yang membawa kami bergerak dari Taiping dan akan bertolak pada pukul 6…Kami kuar dari rumah pukul 530 petang, sampai di Taiping 630 petang…Masukkan beg ke dalam bas, salam menyalam kemudian terus naik bas….Sebak melihat Auni menangis…Sedih ditinggalkan…..Dia sudah tahu…Cumanya rasa sedih tu mesti ada….Mak, ayah, kakak dan abang pergi lama tinggalkan dia…..

Dalam bas, aku masih tidak percaya….Seperti sukar hendak dipercaya….Tapi sesungguhnya, panggilan Allah itu tiada siapa yang dapat mengagaknya bagaimana caranya…

Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah…Hebatnya percaturan Allah….Indahnya perancangan Allah…Kami pergi setelah selesai membawa Auni berjalan…Jika tidak pasti sedih kerana langsung tidak berjalan semasa cuti sekolah….Di saat menulis ini, hati aku masih sebak…Sebak kerana terkesan dengan perancangan Allah…Tuhan sekalian Alam….Allahuakbar….Tak terluah dengan kata2…Hebatnya…MasyaAllah…Siapa kita manusia nak mempertikaikannya…Jika Allah sudah menetapkan bahawa kitalah tetamuNya, maka jadilah… KUN FA YA KUN….Walaupun cara kami dijemputNya berbeza dengan orang lain, tapi ku rasakan ianya SANGAT INDAH….Allahuakbar…Sebak….